I dedicate this page to my 3 daugthers, Ainaa, Aishah & Raudhah
Aida's Fotopages
By: Aida Rashid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Thursday, 5-Apr-2007 13:49 Email | Share | | Bookmark
Bake Hazelnut Coffee Cheese Cake - Mamazieza


Gambar sumbangan dari Leen Omar


Untuk base

150 gm butter
30 gm gula perang
1 sudu besar nescafe/instant coffee dicampur dgn 1/2 sudu besar air.. (jadikan pes)
200 gm digestive biscuits (Mc Vities) - hancurkan dan lumatkan....
50 gm kacang hazelnut.. halus

60 gm cooking cekelat dicairkan


Gaul biskut, kacang, gula, nescafe dgn butter tu tadi. Tekankan ke dalam acuan springform berukuran 8 x 8 inci.

Ratakan cokelat yang telah dicairkan... Simpan dalam esbox sat.


Fillings

500 gm Philadelphia Cream Cheese
130 gm gula kastor
2 1/2 sudu besar instant cofee
20 gm tepung jagung
50 gm kacang hazel (halus)
4 biji telur (dipecahkan terlebih dahulu dan kacau-kacau sikit)
300 ml whipping cream


Cream Cheese di keluarkan dari peti es lebih kurang 1 - 2 jam sebelum digunakan supaya dalam keadaan suhu bilik dan tidak akan berketul bila kita memutarnya.

Putar Krim Cheese dgn gula sampai kembang. Masukkan kacang dan tepung. Masukkan nescafe yang dibancuh dgn 2 sudu besar air panas. Masukkan tepung dan masukkan telur. last masukkan whip cream tadi dan kacau hingga sebati... Tuang ke atas base tadi. Buatlah design atas cake tu kalau nak.. tak nak tak perrr...


Bakar secara bain marie....lebih kurang 45 minit ke 1 jam. pastu tutup api oven dan biarkan kek tu di dalam oven... sekurang-kurangnya 1 jam atau pun seelok-eloknya semalaman.. hehehehe...dah sejuk baru kuarkan dari acuan... kalau tak jadi kek gunung berapi meletup.


PERHATIAN

Acuan Spring Form tadi hendaklah di balut dgn aluminium foil sebelum letak ke dalam bekas yang berisi air. Kang basah plak kek tu...


Thursday, 5-Apr-2007 12:52 Email | Share | | Bookmark
Chocolate Butter Cake - Mamazieza


Gambar sumbangan dari Mak Lang

6 oz butter= 3/4 cup
12 - 14 oz brown sugar= 1 1/2 cup
3 biji telor
1 sudu nescafe & 1 camca besar air panas
1 sudu chocolate paste
8 oz tepung gandum/superfine= 1 cup
2 oz serbok koko=1/4 cup
½ sudu teh garam
1 sudu teh bicarbonate soda
1 sudu teh baking powder
1 ½ gelas fresh milk/ biasa atau koko.

(Semua bahan kering tadi mesti diayak dahulu)

Butter dan gula pukul hingga kembang . Masukkan telor satu demi satu.
Campurkan nescafe dan chocolate paste .Masukkan tepong berselang seli dengan susu. Last mesti tepung.

Tips skit dari mama utk kek mama ni... bila dah masak tu.. jgn kuarkan
terus dari acuan... biarkan dlm acuan dlm 20 - 30 minit... supaya kelembapan dia
tak hilang kiri kanan .. hehehehe... then baru keluarkan dan terus letak topping..


Icing :

250 gm butter/shortening
300 marvello

100 ml air
300gm gula
(Ni dimasak atas dapur ngan api yang selo.. dan kacau setakat gula hancur jerrr..
pastu angkat dan sejukkan)
2 Sudu besar tepung gandum
1 sudu besar susu pekat

Memula Pukul butter dan marvello hingga kembang dan masukkan air gula tadi sambil pukullllllllll sampai dia nangis-nangis. .. hehehe.

Masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan 1 sudu besar susu pekat tadi dan pukul lagi pelan-pelan. ... selo.. selo.. sampai dia kembang dan gebu putih..licin berkilat....


Sunday, 1-Apr-2007 15:37 Email | Share | | Bookmark
Stew Ayam Gucci - Gucci / Diana Arshad

Bahan-bahannya
1 ekor ayam sederhana - dibersih dan dipotong kecil
5 biji kentang - dipotong 4
6 ketul cendawan kering - direndam sehingga kembang kemudian dihiris
2 biji carrot - dipotong baji
4 biji bawang besar - dipotong 4
Air satu jug
10 ulas bawang kecil - dimayang
2 1/2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Kicap pekat (optional...selalunya gucci tak bubuh pun sebab garam dah cukup)
minyak untuk menumis

Cara-caranya
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang kecil hingga perang.
2) Masukkan tepung gandum dan tumis hingga warna tepung bertukar keperangan
3) Masukkan air, bawang besar, carrot, ayam, garam
4) Setelah menggelegak masukkan kentang
5) Tunggu hingga kentang hampir empuk, masukkan cendawan yang telah dihiris
6) masukkan sedikit kicap pekat dan biarkan di atas api sederhana. Gucci suka biarkan lama sedikit atas api hingga manis ayam keluar.

Nota :
Mengikut kata Gucci – Boleh makan begitu saje, atau makan dengan roti atau dengan nasi. Mak gucci suka tabur lada hitam sebelum makan...Anak gucci suka makan macam tu je...memang favourite both of them...” Cubalah...



Sunday, 1-Apr-2007 14:42 Email | Share | | Bookmark
Frambozen Kenari - D' Maslily


Gambar sumbagan Sarah Jasmine


500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula castor
Sedikit jem (gunakan blackcurrant lagi sedap)

Bahan taburan:
Hirisan badam

Topping (pukul kembang)
120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung

Pantang-larang topping, jangan terkena sebarang minyak atau air. Nanti kuih bantut.

Cara:
1. Gula castor & tepung digaul rata
2. Masukkan butter dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
3. Canaikan adunan dalam loyang saiz 9 x 12 x 1
4. Bakar dengan suhu 160-170 selama 10-12 minit atau sehingga kekuningan
5. Keluarkan dan sapu dengan jem dan topping dan tabur badam hiris. Bakar lagi selama 10 minit.
6. Potong biskut semasa panas.



Sunday, 1-Apr-2007 14:26 Email | Share | | Bookmark
JEJARI OATS - Sifu Suria / Lynn Sham


Gambar sumbangan Lynn Sham


250g butter
4 oz castor sugar
2 cups roll oats- blend
2 tablespoon coco
2 cups flour

Gelek shape fingers, bake, gelek dgn icing sugar+susu tepung.
sedap rupa tak cantik sangat tapi sedap...


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net